Saturday, March 21, 2020

 

perkongsian kaedah PdPc Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) Bahasa Inggeris oleh En. Rizalman bin Kasman dari SK Pengkalan Tereh , sebuah sekolah murid Orang Asli berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan di Kluang, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
Facebook : www.facebook.com/sk.p.tereh
Menggunakan permainan puzzle TARSIA yang dipermudahkan dan diimprovisasi khusus untuk kegunaan dan kesesuaian dalam PdPc Bahasa Inggeris di sekolah ini.
Pembelajaran Abad ke-21 bukanlah bermaksud bahawa PdPc perlu menggunakan 100% peralatan ICT dan aplikasi canggih. Pembelajaran Abad ke-21 lebih menekankan kaedah-kaedah yang digunapakai oleh guru yang menjurus ke arah berpusatkan murid.
Sebab itu, penggunaan peralatan ICT dan aplikasi canggih hanyalah satu elemen saja. Elemen-elemen yang lebih penting ialah penyampaian guru yang dibugarkan kembali iaitu penggunaan istilah "PdPc" - guru sebagai pemudahcara, Seterusnya elemen KBAT iaitu soalan dan aktiviti yang memerlukan kamahiran berfikir aras tinggi, kemudian elemen 4C atau 4K (komunikasi, kreativiti, kolaboratif dan pemikiran kritikal)