Saturday, March 21, 2020

 

perkongsian kaedah PdPc Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) Bahasa Inggeris oleh En. Rizalman bin Kasman dari SK Pengkalan Tereh , sebuah sekolah murid Orang Asli berstatus Sekolah Kluster Kecemerlangan di Kluang, Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
Facebook : www.facebook.com/sk.p.tereh
Menggunakan permainan puzzle TARSIA yang dipermudahkan dan diimprovisasi khusus untuk kegunaan dan kesesuaian dalam PdPc Bahasa Inggeris di sekolah ini.
Pembelajaran Abad ke-21 bukanlah bermaksud bahawa PdPc perlu menggunakan 100% peralatan ICT dan aplikasi canggih. Pembelajaran Abad ke-21 lebih menekankan kaedah-kaedah yang digunapakai oleh guru yang menjurus ke arah berpusatkan murid.
Sebab itu, penggunaan peralatan ICT dan aplikasi canggih hanyalah satu elemen saja. Elemen-elemen yang lebih penting ialah penyampaian guru yang dibugarkan kembali iaitu penggunaan istilah "PdPc" - guru sebagai pemudahcara, Seterusnya elemen KBAT iaitu soalan dan aktiviti yang memerlukan kamahiran berfikir aras tinggi, kemudian elemen 4C atau 4K (komunikasi, kreativiti, kolaboratif dan pemikiran kritikal)

Monday, January 29, 2018

ERPH GEOGRAFI

Assalammualaikum ...
dah lama tak update blog georafi ni...hari ni nak try update blog ni dengan E-RPH GEOGARFI untuk perkongsian kawan - kawan


Wednesday, November 16, 2011

Fakta Mengenai Seven Eleven


Misteri terjawab

Seven Eleven, kedai termudah untuk membeli kondom rokok di waktu malam buta. Ianya kedai yang banyak memberi memori indah kepada aku. You see when I was a wee lad my uncle would belanja my cousins and I Slurpee. Back in the days 7-11 was kind of a luxury so when your uncle belanja you there it was quite a big deal. Anyway pernahkan anda tertanya-tanya kenapa nama kedai ini 7-11? Bagaimana ia bermula?

Kedai 7-11 diilhamkan oleh Joe C. Thompson, seorang pekerja di kilang Southland Ice Company yang terletak di Dallas Texas. Kedai runcit ini dibuka oleh Thompson pada tahun 1927 didalam kawasan kilang. Ia menjual barangan harian seperti susu, keju dan roti. Kerana mudah mendapat ais dari kilang berdekatan, barangan yang dijual didalam kedai runcit Thompson dapat bertahan lama. Orang ramai juga gemar pergi ke kedia runcit Thompson kerana barangan yang djual tahan lama berbanding yang dibeli dikedai lain.



Bisnes kedai runcit Thompson sangatlah laku sehingga beliau mampu membeli kilang Southland Ice bagi membekalkan ais kepada beberapa cawangan kedainya. Bekas pekerja beli bos!

Kedai-kedai runcit Thompson dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam dan dari sinilah kedai 7-11 mendapat namanya. Nama kedai 7-11 diambil sebagai nama rasmi pada tahun 1946. Pada tahun 1952 ,cawangan kedainya yang ke-100 dibuka dan syarikat ini membesar dengan mendadak.

Pada tahun 1963, kedai yang beroperasi selama 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas. 7-11 menawarkan servis yang unik kepada pelanggan mereka iaitu membenarkan mereka membeli makanan runcit pada bila-bila masa. Ini mungkin sebuah konsep yang kita anggap "dah biasa" tapi apa yang dilakukan oleh Joe C. Thompson dianggap revolutionary pada waktu itu.

Bila bercakap padal 7-11 tak sah kalau tak cakap pasal SLURPEE. Ianya mula dijual pada tahun 1966 dan sehingga kini 6.5 billion Slurpee sudah dijual. Sebanyak 13 juta Slurpee dijual setiap bulan diseluruh dunia. Perasa paling laku ialah perisa COKE dan Minute Maid. Dua perisa ini tiada di Malaysia. Sungguh sucks ass!



7-11 kini mempunyai lebih 43 000 rangkaian kedai di 16 negara seluruh dunia. Sebuah kedai 7-11 baru dibuka setiap 3.5 jam!

Di Malaysia francais ini dipegang oleh Berjaya Group dan kedai pertama dibuka di Bukit Bintang pada tahun 1984. Kini terdapat 1212 cawangan 7-11 diseluruh Malaysia.

Syarikat 7-11 kini dimiliki syarikat Jepun. Sekitar 80-an 7-11 mengalami masalah kewangan kerana masalah pasaran saham dunia. Syarikat induk 7-11 dibeli oleh syarikat Ito Yokado yang merupakan pemegang frankais terbesar mereka pada ketika itu. Seperti mana Joe C. Thompson, membeli kilang ais kepunyaan majikan beliau, 7-11 dibeli oleh pemegang frankais terbesarnya pada tahun 1991.


sumber : http://blogserius.blogspot.com

Monday, March 7, 2011

Saturday, February 19, 2011

rencana

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet. Di Nepali gunung tersebut dikenali sebagai Sagarmatha (Sanskrit untuk "dahi langit") dan di Tibetan Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam"), yang diambil dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Walaupun ia dinamakan Everest oleh Sir Andrew Waugh, jeneral peninjau British di India, sebagai penghormatan kepada yang sebelumnya Sir George Everest, sebutan popular Everest (Ev-er-est) berbeza dangan sebutan Sir George mengenai nama akhirnya (Eve-rest).

Ukuran

Radhanath Sikdar, juru ukur dan pakar matematik dari Bengal, merupakan orang yang pertama mengenal pasti Everest sebagai kemuncak tertinggi melalui kiraan trigonometri, pada 1852. Sesetengah rakyat India percaya bahawa puncak tersebut sepatutnya dinamakan menurut Sikdar, bukannya Everest.

Gunung ini dianggarkan 8,850 m (29,035 kaki; hampir 5.5 batu) tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun 1856 sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diisytiharkan sebagai 29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak 2 kaki menunjukkan perasaan masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai adalah 8,850 m yang diperolehi melalui bacaan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Everest masih meningkat akibat pergerakan plat tektonik kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.

Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas paras laut. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah Mauna Loa di Hawaii adalah paling tertinggi apabila diukur dari dasarnya pada dasar tengah laut, tetapi hanya mencapai ketinggian 4,170 m (13,680 kaki) atas paras laut dan kemuncak Gunung Chimborazo di Ecuador adalah 2,150 m lebih dari pusat bumi berbanding Everest, kerana Bumi agak berisi dikawasan Khatulistiwa. Bagaimanapun, Chimborazo hanya mencapai ketinggian 6,272 m atas paras laut, yang menurut kriteria bukan juga kemuncak tertinggi di Andes.

Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest: Challenger Deep, terletak di Parit Mariana, begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.

kenali geografi

Geografi adalah ilmu yang mempelajari tentang lokasi serta persamaan dan perbedaan (variasi) keruangan atas fenomena fisik dan manusia di atas permukaan bumi. Kata geografi berasal dari Bahasa Yunani yaitu gêo ("Bumi") dan graphein ("menulis", atau "menjelaskan").

Geografi juga merupakan nama judul buku bersejarah pada subyek ini, yang terkenal adalah Geographia tulisan Klaudios Ptolemaios (abad kedua).

Geografi lebih dari sekedar kartografi, studi tentang peta. Geografi tidak hanya menjawab apa dan dimana di atas muka bumi, tapi juga mengapa di situ dan tidak di tempat lainnya, kadang diartikan dengan "lokasi pada ruang." Geografi mempelajari hal ini, baik yang disebabkan oleh alam atau manusia. Juga mempelajari akibat yang disebabkan dari perbezaan yang terjadi itu.